SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpulmenziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amatgembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjayadalam jurusan dan kehidupan masing-masing.
Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terusterang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkutkepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yangmengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekandengan pelbagai permasalahan, tekanan hidupberkeluarga, dengan rakan di tempat kerja sertamasyarakat sekeliling. Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju kedapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna.Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik.Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan adayang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid ituminum menggunakan cawan pilihan mereka. Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yangterisi air, dia pun berkata: ?Jika kamu perhatikan,semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yangtinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! ?Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yangterbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulahpunca masalah dan tekanan hidup yang kita semuahadapi!? Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukancawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilihcawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ? ibarat air. Kerjaya, wangringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpamacawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alatatau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapikualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan,kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan danmenikmati air itu! Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apayang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yangselalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empatperkara: l Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang adapada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakannikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telahberikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan?keseronokan? atau terasa nikmat dengan pemberian itu. l Kita terlalu banyak ?komplen? dan komen (mengadu)dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepadapermasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan duniaini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan danpenderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhiratkelak. l Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan danglamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kitasebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadangkala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari,pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripadaAllah. l Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untukhidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskanseluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membinapengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diriseolah-olah ?kematian? itu untuk orang lain, bukanuntuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati danwalhal akhirat adalah kehidupan abadi. Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai sukakomplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailahkehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifahAllah, melakukan yang makruf, melarang perkara yangmungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat inikepada orang lain dengan memberikan khidmat menolongdan memudahkan kehidupan orang lain. Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seoranglelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yangkamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: ?Saya akanpilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalamkehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapaikeredaan Allah di akhirat kelak.?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment